MY WAY
10 YEARS ~~
^.^ Dia terpaksa bersabar dengan seantero kenangan pahit. Ini semua untuk memnuhi sebuah impian.
Akhirnya, tiba detik rentak itu digilai oleh peminat seluruh dunia.
Pada waktu itu, mereka berdua cukup mendalami muzik rock. Meskipun peperiksaan akhir semester bakal hadir, mereka tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan konsert rock itu. Usai sahaja persembahan, mereka berdiri di tingkat atas bangunan seraya menjerit dengan segenap jiwa.
“Apakah impian kau?” Tanya si perawan kepada si peria.
“Menjadi penyanyi rock, biar semua gegendang dapat dengar nyanyian aku.” Hakikatnya, cita-cita si peria bukanlah menjadi penghibur muzik rock tetapi menjadi sang setia yang berteduh di sisi perawan sepanjang hayat.
“Apa pula impian engkau?” Tanya si peria pula.
Si perawan merapatkan tangannya pada bibir sambil memandang kereta yang berduyun-duyun melaju. “Aku hanya ingin menjadi isteri kepada penyanyi rock itu.” Dia mendedu dengan sepenuh hati.
Mereka begitu mencintai antara satu sama lain. Kadang kala dapat dilihat mereka akan berpaut genggaman sepanjang masa. Walaubagaimanapun, terdapat jua masa mereka hanya membisu. Mereka dapat merasakan yang mereka pasti akan kekal bersama. Jika sudah sampai masanya, ia sudah ditakdirkan: luahan hati tidak diperlukan lagi.
Sebuah kugiran rock terkenal membuat persembahan di pecan mereka. Selesai sahaja persembahan, si peria meminta si perawan tunggu, “Saya akan cuba satukan segala impian awak dengan realiti.” Seketika, di melepaskan pegangan tangannya. Si peria langsung tidak menyedari wajah si perawan telah bertukar menjadi sedih berbaur keliru.
Dengan setandus mungkin, dia melangkah masuk ke dalam kenderaan kugiran rock itu dan meninggalkan pekan tersebut dengan perasaan kacau yang dalam.
Asalnya, ahli kugiran tersebut tidak pasti sama ada hendak menerima kehadiran si peria atau tidak. Setelah menimbal beberapa perkara, akhirnya, dia diterima jua. Dia memerah tenaga tanpa sebarang ganjaran menanti di hujung jari. Begitupun, di sela sela waktu liburan, dia belajar bermain gitar. Seluruh mindanya hanya diulit dengan impian si perawan. Pun begitu, dia tidak menyedari bahawa masa yang diperuntukkan untuk mencapai satu satu ambisi itu adalah terlalu resah dan panjang. 10 tahun berlaku, dia kini telah menjadi penghibur irama rock. Dengan kejayaan didakap, si peria pulang semula ke pekan yang dimiliki olehnya dan cinta yang satu dulu.
Nombor telefon dan alamat yang dicatat telah pudar dan kusam seolah-olah hamper lenyatp! 10 tahun sememangnya satu jangka masa yang akan membawa banyak perubahan. Ini termasuklah dari segi infrastruktur serta ketumpatan tar jalan raya.
Peka tersebut menyambut ketibaanya dengan mesra. Para peminat beratur panjang untuk mendapatkan tandatangan. Dia hanya tahu menandatangani tanpa merasai sebarang zahir dan batin. Apa yang diharap hanya satu:moga-moga dia bertemu dengan perawan yang telah menanti sedekad.
Seorang lelaki muncul bersama CD di tangan. Dia meminta si peria menulis sesuatu pada kulit album yang dihulur. Katanya, dia mahu member kejutan yang sangat mengejutkan buat orang rumahnya.
“Isteri awak minat saya jugakah?” dengan senyuman lebar si peria bertanya. “Siapa nama dia?” lelaki tersebut menjawab dengan tangkas.
Namanya sama seperti si perawan yang istimewa itu. Tidak mungkin ada insan mempunyai nama serupa di pekan sekerdil ini.
“Oh, ya, inilah dia isteri saya.” Lelaki itu mengeluarkan dompet lalu menunjukkan gambar senyuman si perawan di sisi sang suami dengan tangan memeluk erat seorang anak.
Dia mengarang nama perawan secara mekanikal. Nama yang begitu diingati. Dia cuba mengawal jiwanya meskipun telah mengetahui apa yang terjadi. Dia hanya melakukan hal yang dilakukan semata-mata untuk menunaikan hajat tuan punya CD tersebut.
“Saya rasa, isteri saya sangat sukakan muzik awak. Sya tengok dia sentiasa tersenyum apabila memandang poster awak,” ujar lelaki itu. Pun begitu gegendang si peria bagaikan kebas; tidak kedengaran apa kecuali memori lalu kembali berputar.
Si peria memang sudah lama menceburi bidang ini. Maka, berbekalkan profesionalisme yang ada, dia kekalkan sebuah senyuman paksa.
“Apa pula impian kau?” di kala angain berhembus, si perawan tersenyum.
Bagaikan terdapat sebuah wilayah yang gempa di hatinya namun dia sendiri belum bias merasai keperitan yang menggigit itu.
Orang ramai membawa kebingitan seperti mana angin membawa hembusan pada masa itu. Pada malam yang sesak tersebut, si peria mengucapkan selamat tinggal kepada sang perawan; impian muda mudi di antara mereka dengan itu telah lenyap dan tidak ketemu lagi biarpun hanya sisa.
Dan si peria terus melangkah, meninggalkan kenangan yang menjadi gizi kehidupannya selama ini…
Source from : My Way